Dalam dunia muzik dan hiburan, sering dikaitkan dengan watak-watak kontroversi yang sering mempengaruhi kesusilaan yang mengakibatkan kita semakin menjauhi Islam. Ada yang mengatakan bahawa ia sebenarnya satu Agenda untuk menghapuskan Islam dan ini adalah di antara tanda-tanda akhir Zaman.
Apa yang ternyata pada hari ini bila kita melihat jutaan manusia berhimpun untuk menyaksikan IDOLA mereka. Terpekik-pekau dalam sebuah konsert dan sanggup mengluarkan ratusan dolar hanya untuk melihat mereka beraksi. Artis dan penghibur dianggap sebagai Tuhan. Adakah kita telah kembali lagi ke zaman Jahiliyah?
Adakah Muzik dan Hiburan dibenarkan dalam Islam?
Perkara ini sering dijadikan perdebatan hangat antara Ulama terkini dan masa lalu. Sering khalayak seperti kita runsing kerana kita sering bertanya - Macam mana dengan Selawat - lagu mengenai Rasulullah saw itu kurang baik? Bagaimana pula Qasidah yang liriknya sering memperkatakan tentang Islam itu dianggap jelek? Dan kenapa pula ada beberapa alat muzik pula diharamkan? Soalan-soalan sebegini sering tidak terjawab.
Dalam seminar ini, akan dibincangkan mengenai Fiqh dalam Muzik & Hiburan oleh azatizah kita Ustaz Noor Deros. Dan beliau akan memperkenalkan Tuan Farihin bin Abdul Fattah, mantan produser dan pengurus kumpulan nasyid Raihan untuk berkongsi mengenai 20 tahun penglibatannya dalam Muzik Islamik dan Industri Hiburan.
Masih belum daftar. Mungkin anda ingin tahu apa yang akan disampaikan di seminar ini.
Program
12.30 tgh- Pendaftaran Bermula
1.03 ptg - Solat Zuhur
2.15 ptg - Bacaan Al Quran & Sesi Takruf Bersama Ustaz Noor Deros & Akhi Farihin
2.45
ptg - Falsafah Hiburan ( Ustaz Noor Deros )
3.15 ptg - Ragam Hiburan ( Akhi Farihin )
3.45 ptg - Sesi Soal & Jawab tentang Hiburan
4.23 ptg - Solat Asar
4.45 ptg - Persembahan oleh Alwi Mustafa & Akhi Farihin
5.00 ptg - Phenomena Selawat & Agenda Akhir Zaman ( Akhi Farihin )
5.30 ptg - Pelan Tindakan ( Ustaz Noor Deros )
6.00 ptg -
Sesi Soal & Jawab tentang Selawat & Agenda Akhir Zaman
6.45 ptg - Akhir
Harap maklum bahawa aturcara boleh diubah pada saat-saat terakhir.
Ingin dapatkan tiket?
|