Al-Quran merupakan sumber utama umat Islam dalam mengharungi kehidupan ini. Ia bukan sahaja mencakupi sudut keimanan bahkan juga seluruh kehidupan itu sendiri. Seminar ini akan cuba memberi penjelasan mengenai fungsi dan peranan Al-Quran yang sangat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang.
Unit pertama dalam masyarakat iaitu famili akan diberi keutamaan dalam seminar kali ini. Bagaimana famili yang berjaya memupuk cinta Al-Quran akan melahirkan masyarakat Islam yang cemerlang.
Ayat-ayat Al-Quran mengenai famili juga akan dikupas supaya jelas dan tidak disalah ertikan.
Sesi Pertama:
Tajuk: Teks Qurani Mengenai Famili Suatu Pencerahan
oleh Sohibus Samahah Ustaz Dr Md Fatris Bakaram, MUFTI Singapura
Sesi Kedua:
Tajuk: Peranan / Fungsi Wahyu Dalam Kehidupan Bermasyarakat
oleh Ustaz Kamaruzaman Afandi
Sesi Ketiga:
Tajuk: Tip Melahirkan Generasi Cinta Al-Quran
Oleh Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani
Moderator:
Ustaz Md Aiman Abdul Kadir
Butiran Acara ini.
Seminar Al-Quran 2018
Tarikh: 9 Jun 2018
Masa: 1.45 ptg - 4.15 ptg
Tempat: Auditorium Masjid Sultan
Semua dipersilakan hadir.
Tempat terhad kepada 300 peserta pertama yang mendaftar sahaja.
Ingin dapatkan tempat?
#hidupkanAlQuranDalamRamadan