Seminar Isu-Isu Wasiat, Faraidh dan Harta Pusaka di Singapura (Ahad, 8 April 2018)

Published: Tue, 04/03/18

 
 
 
Adakah kemaslahatan dan kebajikan keluarga anda terjamin setelah pemergian anda nanti?

Ramai yang tidak sedar bahawa perancangan harta pusaka adalah tanggungjawab kita, demi orang-orang yang kita sayang. Memang topik mati ialah sesuatu yang sukar untuk dibincangkan. Sebilangan besar masyarakat kita tidak sedar bahawa perancangan harta pusaka dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga setelah pemergian kita nanti.

Ilmu tentang wasiat dan perancangan harta pusaka perlu bagi setiap warga Islam di Singapura. Apabila seorang warga Islam meninggal dunia, undang-undang Shari’ah akan dikuatkuasakan ke atas harta pusaka si mati. Seminar ini akan membincangkan topik wasiat, faraidh dan harta pusaka secara mendalam.

 
Topik #1: Isu-Isu Harta Pusaka di Singapura
Topik #2: Implikasi Fatwa Muis, Baitul Mal, Nuzriah dan Hibah Ruqba
Topik #3: Kepentingan menulis wasiat dan contoh-contoh kes mahkamah yang bersangkut-paut dengan harta pusaka orang Islam
Topik #4: Proses pembahagian harta setelah pemergian seorang warga Islam di Singapura

Penceramah-penceramah
- Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Barakah Capital Planners
- Abdul Rohim Sarip, Peguam, A Rohim Noor Lila & Partners
- Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, MUIS

Jamuan ringan dan bahan seminar akan disediakan.
Seminar akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

IslamicEvents.SG Membership

Join Us Today!

 
IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by
ISGN VENTURES PTE LTD.
 
Since 2007. Copyright ISGN VENTURES PTE LTD.
All Rights Reserved.
Biz No: 201615308R
Tel: (65) 6871 8744 Fax: 6871 8730
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net