Terhad kepada 15 Peserta Lelaki dan 10 Wanita secara Offline sahaja, Bayaran harus dibuat untuk mengesahkan slot anda.
Wanita akan mengikuti kursus melalui online pada hari pertama. Kemudian sesi praktikal pada hari kedua akan diadakan di Ofis Oxley Bizhub secara fizikal.
Allah swt berfirman: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian..."
Ayat sebegini diulangi lebih dari satu kali di dalam Al-Quran. Ini menunjuk kami bahawa antara satu pengajaran utama Al-Quran adalah persiapan diri untuk menghadapi kematian.
Langkah yang pertama untuk membuat persiapan tersebut adalah dengan menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah sementara. Justeru, seseeorang itu tidak akan menangguhkan lagi untuk mengumpulkan sebanyak bekalan yang mampu, yang terbentuk dalam amal soleh.
Namun, satu perkara yang kita sebagai umat Islam harus sedari adalah seorang insan secara lazimnya merupakan satu anggota di dalam sebuah keluarga dan masyarakat. Hasilnya, dia akan menjalankan hidupnya dengan berinteraksi khususnya bersama keluarga tersayang. Di sinilah Islam mengalu-alukan umatnya untuk bekerjasama, dalam firman Allah, "dan saling bantu membantu dalam melakukan kebaikkan dan taqwa."
Dengan itu, persiapan untuk kematian bukan hanya sebuah persiapan yang bersendiri, malah ia adalah persiapan yang kolektif. Kita digalakkan untuk saling mengingatkan satu sama lain dan juga menggalakkan sesama untuk beramal soleh. Persiapan tersebut juga boleh berbentuk kemahiran untuk menguruskan jenazah saudara seislam yang telah menyusuli untuk menghadap Ilahi. Perihal ini amat penting dan dituntut oleh agama, sehinggalah
hukumnya menjadi fardhu kifayah, jika dilaksanakan oleh sesetengah kaum maka jatuh lah tuntutannya ke atas yang lain.
Tambahan dengan itu, Allah lebih suka akan satu amalan yang dilaksanakan dengan itqan dan keyakinan. Sesuatu amalan itu akan menjadi itqan bila dilakukan dengan ilmu pengetahuan.
Alhamdulillah, IslamicEvents diberikan peluang sekali lagi untuk mendirikan kursus tahunan pengurusan Jenazah. Kursus akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 29 & 30 Januari 2022. Ini selaris dengan objektif agama iaitu membekalkan muslim dengan kemahiran sebagai satu persiapan.