Terhad kepada 15 Peserta Lelaki dan 10 Wanita secara Offline sahaja, Bayaran harus dibuat untuk mengesahkan slot anda.
Wanita akan mengikuti kursus melalui online pada hari pertama. Kemudian sesi praktikal pada hari kedua akan diadakan di Ofis Oxley Bizhub secara fizikal.
Allah swt berfirman: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian..."
Persiapan untuk kematian bukan hanya sebuah persiapan yang bersendiri, malah ia adalah persiapan yang kolektif. Kita digalakkan untuk saling mengingatkan satu sama lain dan juga menggalakkan sesama untuk beramal soleh. Persiapan tersebut juga boleh berbentuk kemahiran untuk menguruskan jenazah saudara seislam yang telah menyusuli untuk menghadap Ilahi. Perihal ini amat penting dan dituntut oleh agama, sehinggalah hukumnya
menjadi fardhu kifayah, jika dilaksanakan oleh sesetengah kaum maka jatuh lah tuntutannya ke atas yang lain.
Tambahan dengan itu, Allah lebih suka akan satu amalan yang dilaksanakan dengan itqan dan keyakinan. Sesuatu amalan itu akan menjadi itqan bila dilakukan dengan ilmu pengetahuan.
Bagaimana harus kita mengendalikan pengurusan jasad saudara kita? Adakah kita dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk mandikan dan kafankan jasad tersebut? Bagaimana pula dengan solat jenazah?
Alhamdulillah, IslamicEvents diberikan peluang sekali lagi untuk mendirikan kursus tahunan pengurusan Jenazah. Kursus akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 29 & 30 Januari 2022. Ini selaris dengan objektif agama iaitu membekalkan muslim dengan kemahiran sebagai satu persiapan. Hanya tinggal beberapa slot sahaja!