"Apakah Tahlil itu satu Bid'ah yang diadakan dalam masyarakat kita sahaja?"
"Nabi tak buat, asal kita buat pula?"
Selalunya, acara tahlil diadakan dengan niat agar tujuan majlis (dan para peserta majlis) dikurniakan barakah dari Allah swt, dan diberikan kesenangan dalam apa saja hajat yang ingin dilaksanakan.
Pengertian perkataan "Tahlil" merujuk kepada kalimah dzikir "la ilaha 'ill Allah", dan tidak dikhususkan kepada sesuatu acara ataupun majlis tertentu.
Tetapi....
- Adakah Majlis Tahlil yang selalu diadakan oleh masyarakat kita salah?
- Dari mana asalnya Majlis Tahlil seperti mana yang kita kenali?
- Apakah bacaan-bacaan yang terbaik untuk kita gunakan untuk majlis-majlis "Tahlil" tersebut?
- Dan, bolehkah Majlis Tahlil diadakan secara online?
Ayuh! Bersama Ustaz Luqmannul Hakeem dan Moderator Ustaz Syukri Ahyar - kita merungkaikan soalan-soalan ini!
Ikuti kami dalam rancangan Memahami Tahlil yang akan diadakan pada 2 March 2022, 8 malam - Di Facebook dan Youtube kami; Islamicevents.sg!