Infaq Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Masjid Al-Amin akan membuka peluang untuk para jemaah berkhidmat ke rumah Allah dengan menaja kos perbelanjaan pada bulan Ramadhan.
Ia termasuk:
- Pengagihan bubur
- Pengagihan juadah berbuka puasa & makanan untuk golongan memerlukan
- Habuan untuk Imam/Bilal tarawih
- Habuan untuk Imam/Bilal Qiyamullail
- Khidmat Ibadah solat jumaat sepanjang Ramadhan
- Pembimbing tadarus sepanjang Ramadhan
- Program Khatam Al-Quran
- Urusan administrasi & program ramadhan
- Khidmat ibadah solat Hari Raya Eidulfitri
Setiap satu lot termasuk ke semua kos perbelanjaan yang tertera di atas.
Satu lot berharga $250. Setiap sumbangan $250 akan menerima satu kotak kurma safawi 300g.
Selain itu, kami juga menerima sumbangan wang secara ikhlas dari anda.
Jika anda berminat, sila rujuk ke bawah. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Masjid Al-Amin di 6272 5309 pada waktu pejabat.
TERMS
- Setiap sumbangan diinfaqkan ke Masjid Al-Amin akan disalurkan ke dana penyelenggaraan masjid pada bulan Ramadhan.
- Sumbangan melalui bank transfer atau paynow tidak akan diberikan resit kecuali diberitahu kepada pegawai masjid melalui whatsapp, email atau panggilan telephone.
- Jika anda tidak menyatakan "Ramadhan" atau nombor reference dalam slot reference di paynow, sumbangan anda akan disalurkan ke dana penyelenggaraan masjid secara umum.
Cara-cara menderma:
1- Paynow UEN S91MQ0008B001 dan nyatakan "Ramadhan" dalam reference.
2- Bank transfer : DBS Current Account 012-009859-6
3- Cross Cheque: Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin
4- Tunai atau Nets di pejabat Masjid Al-Amin
Alamat: 50 Telok Blangah Way Singapore 098801
Emel: alamin@alamin.mosque.org.sg
Whatsapp: 9159 8021
Kaunter Masjid Al-Amin: 6272 5309