Dari sudut bahasa, kalimah “Talaqqi” bermaksud pertemuan manakala “Musyafahah” adalah daripada mulut ke mulut.
Secara istilah, Talaqqi Musyafahah bermaksud mempelajari Al-Quran melalui pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid mengambil bacaan Al-Qur’an dari gurunya dengan melihat kepada pergerakan bibir guru dan mengikut bacaannya dan guru mendengar bacaan muridnya dan membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.
Dengan kata lain, istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al-Qur’an secara face to face bersama seorang guru yang mahir.
Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an yang bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika mengambil bacaan Al-Qur’an daripada malaikat Jibril a.s.
SYARAT KEMASUKAN
- Peserta boleh membaca Qur’an dengan lancar, bertajwid dan lulus ujian saringan
- Peserta boleh memilih untuk membaca Riwayah secara Ifrad ataupun Jama’ (Hafs & Syu'bah) bersesuaian dengan kemampuan perserta dan juga penilaian guru
PEMBIMBING
Ustazah Sulizah Salleh (ARS-Certified), pemegang Ijazah & Sanad Al-Qur’an 10 Qira’at Sughro.
YURAN
• $50/jam
• $50 (pendaftaran dan juga termasuk kos sijil)
SIJIL KHATAM & IJAZAH AL-QUR’AN
- Setiap peserta yang menghabiskan bacaan 30 Juz’ akan menerima sijil khatam Al-Qur’an
- Ijazah dan Sanad Al-Qur’an beserta Syajarah akan dianugerahkan hanya kepada peserta yang layak
DAFTAR
Sila isikan borang pendaftaran dengan menekan butang merah dibawah.
Sila hubungi 9455 4824 untuk pertanyaan lanjut.