Masjid Sultan telah dibina pada awal abad ke-19 atau pada tahun 1824.
Pada masa yang sama, kawasan Masjid Sultan dan Kampong Gelam, kawasan di mana letaknya Istana Kampong Gelam dan Gedung Kuning, menjadi pusat perkembangan
ilmu pengetahuan dan pusat percetakan utama di Alam Melayu.
Pelbagai genre penerbitan telah dihasilkan seperti Kitab, Hikayat dan Syair.
Perbentangan ini menyingkap dan menganalisa kitab-kitab Turath yang dihasilkan pada era tersebut. Apakah tajuk yang dijadikan perbincangan utama dan bagaimanakah corak pemikiran para cendikiawan
yang terlibat dalam penghasilan karya-karya ini yang bersesuaian dengan perkembangan zaman dan teknologi.
Karya-karya ini diangkat semula bersempena dengan sambutan ke-200 tahun Masjid Sultan.
Sesi perbentangan Asatizah Berwarisan ini merupakan sebahagian daripada Siri
Sembang Ilmu Yayasan Warisan Melayu (MHF), yang bertujuan berkongsi warisan kita dan menggalak budaya pemikiran di kalangan masyarakat.
Ayuh, sertailah program percuma yang akan diadakan di Auditorium, Masjid Sultan pada 18 Mac ini!