Pernahkah anda ke majlis pertunangan bila kedua-dua keluarga bertemu, tiada wakil dari kedua-dua pihak ingin bermula? Kalau pun yang memuliakannya, setakat beri Salam, Surah Al Fatiha dan kemudian memasuki agendanya. Kadangkala yang menjadi wakil keluarga itu tidak bersedia atau pun tidak dilatih untuk berikan
ucapan-ucapan tertentu.
Kalau zaman dahulu, dengan sentuhan budaya Melayu, majlis-majlis ini sering diiringi dengan pantun-pantun yang meriahkan suasana. Maka majlis sedemikan jarang sekali dilihat pada zaman ini.
Misi kami untuk “Projek Wakil Keluarga” adalah untuk kembalikan budaya Melayu yang murni ini dan mengisikan sesi dengan rohani-rohani Islam dan setiap keluarga perlu ada seorang lelaki menjadi “Wakil Keluarga” yang terlatih.
"Apa faedah saya dapat kalau masuk kursus ini?"
- Membina asas bicara & pembentangan dalam suatu majlis.
- Bertutur dengan jelas di khayalak ramai.
- Tips dan cara membina pantun yang sempurna dan beralas.
- Struktur menjalankan majlis
- Pelajari Metadologi “4PIT Vocal Dynamix” & “Positive Body Language”.