Di bucu katil, aku melihat ayahku terlantar kaku. Nafasnya yang dahulunya gagah kini semakin perlahan… satu demi satu… hingga akhirnya terhenti. Renungan mataku tidak lepas dari wajahnya—wajah yang telah banyak berkorban demi keluarganya.
Sungguh, luluh hati ini melihat insan yang aku cintai dalam keadaan nazak, melawan kesakitan satu demi satu.
Namun aku redha, ya Allah...
Dan di saat terakhir itu, aku mendekatinya... menutup perlahan-lahan kedua matanya, dan mengucup dahinya buat kali terakhir.
Walau jiwa ini dirundung duka, aku kuatkan diri untuk menguruskan jenazah ayahku. Tapi saat itu… aku buntu.
Siapa yang perlu aku hubungi dahulu? Polis? Doktor? Atau terus cari tukang mandi jenazah?
Dalam kekalutan dan kesedihan, barulah aku sedar—betapa pentingnya ilmu pengurusan
jenazah. Bukan hanya untuk diri sendiri, tapi demi insan-insan tercinta yang mungkin pergi lebih dahulu daripada kita.
Ketahui langkah-langkah lengkap dari awal hingga akhir:
☑️ Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang meninggal dunia
☑️ Proses memandikan,
mengkafankan, dan menyolatkan jenazah
☑️ Peranan keluarga dan masyarakat dalam menguruskan kematian
☑️ Persiapan mental, emosi dan spiritual menghadapi detik perpisahan
Ilmu ini bukan untuk orang lain. Ia untuk kita semua.
Kerana saat itu pasti tiba, dan kita ingin bersedia – dengan penuh kasih, hormat dan kehormatan.
Butiran Acara:
Hari: Sabtu & Ahad
Tarikh: 5 & 6 July 2025
Masa: 5:00 Petang - 10:00 Malam
Tempat: Masjid An-Nahdhah, 9A Bishan St 14, Singapore 579786
Yuran:
$98 ( 1 peserta, Termasuk Nota, Sijil Penyertaan, dan Makan Malam)
$190 ( 2 peserta, Termasuk Nota, Sijil Penyertaan, dan Makan Malam)
❗❗Tempat terhad! Daftar untuk turut serta!