Bayangkan...
Telefon berbunyi lewat malam,
Suara di hujung talian bergetar menahan
sebak...
"Inalillahi wa inna ilaihi raji'un..."
Dalam sekelip mata, dunia terasa kosong, air mata mengalir dan fikiran menjadi buntu.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran..
"Apa yang perlu saya lakukan sekarang?"
Ramai antara kita tidak bersedia menghadapi saat ini, bukan kerana kita tidak sayang kepada ahli keluarga kita tetapi kerana tidak pernah diajar bagaimana menguruskan jenazah dengan betul.
Siapa perlu dihubungi dahulu?
Bagaimana cara
memandikan jenazah?
Apa yang perlu disediakan untuk kafan?
Apa adab dan amanah yang perlu dijaga?
Walaupun ia adalah fardhu kifayah, tetapi ia akan menjadi satu amanah yang suatu hari nanti mungkin perlu
kita laksanakan untuk insan yang paling kita cintai.
Jangan tunggu sehingga kita terpaksa belajar dalam tergesa-gesa dan penuh emosi.
Belajarlah sekarang supaya apabila tiba waktunya, kita mampu
menunaikan amanah terakhir dengan penuh kasih sayang, tenang dan ihsan.