Ini adalah salah satu situasi yang paling kerap berlaku.
Sebuah keluarga bangun pada waktu pagi dan mendapati ibu atau ayah yang sudah berusia telah
meninggal dunia secara mengejut. Pada saat itu, mereka panik dan tidak pasti siapa yang perlu dihubungi terlebih dahulu.
Polis? Ambulans? Pengurusan Jenazah? Siapa?
Ramai keluarga kemudian berkongsi bahawa cabaran paling besar bukan hanya kesedihan semata-semata, tetapi tidak mengetahui langkah demi langkah yang betul untuk diambil.
Anda rasa siapa perlu anda hubungi dahulu?
Kursus Pengurusan Jenazah akan merangkumi aspek teori, praktikal, asas-asas ilmu pengendalian jenazah dan juga akan dikongsikan tentang kes-kes / keadaan yang berbeza yang akan timbul dalam situasi sedemikian
Kursus ini akan diadakan selama 2 hari:
Hari pertama (18 July 2026, Sabtu, 5:00 PM - 10:00 PM) - Teori