Dalam kehidupan, setiap insan pasti diuji dengan pelbagai cabaran, kesedihan dan ketidakpastian. Namun, sebagai seorang mukmin, ujian bukanlah tanda kebencian Allah SWT, tetapi satu peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan memperkukuhkan keimanan.
Program ini akan membimbing para peserta untuk memahami bagaimana menghadapi ujian hidup dengan sabar dan tawakkal,
membina husnuzon kepada Allah SWT dalam setiap ketentuan-Nya, serta menguatkan iman dalam perjalanan hijrah hati. Melalui perkongsian yang penuh penghayatan, peserta akan diajak untuk melihat setiap ujian dari perspektif rahmat, memahami hikmah di sebalik setiap ketentuan, dan mencari kekuatan untuk terus melangkah menuju keredaan Allah SWT.
Sertailah program ini sebagai satu ruang muhasabah dan pengisian rohani untuk menyuburkan jiwa, menenangkan hati, dan
memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT.
Details
Tarikh: 21 June 2026
Masa: 10pg - 12tgh
Tempat:
Masjid Al Amin ( Lantai pertama )
50 Telok Blangah Way, Singapore 098801
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Masjid Al-Amin di 62725309