This Islamic Funeral Death Rites Course will be conducted in Malay. Venue will be changed when registration
exceed the venue space.
----------------------------------------------------------------
Kematian merupakan saat yang sangat menyedihkan dan penuh dengan emosi. Namun, ia juga boleh dipenuhi dengan harapan dan belas kasihan. Umat Islam percaya bahawa kematian adalah pemergian dari kehidupan dunia ini, tetapi bukan akhir dari kewujudan seseorang. Sebaliknya, kehidupan kekal akan datang, dan kita berdoa agar rahmat Allah SWT berada bersama mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, dengan harapan mereka akan mendapat kedamaian dan kebahagiaan kelak.
Bagaimana pula dengan keluarga atau saudara-mara yang terdekat pada saat itu? Ia sangat mudah untuk menyuruh mereka bertenang dan bersabar apabila sedang menghadapi kematian, tetapi tanpa ilmu pengetahuan dan panduan yang betul, seringkali ahli keluarga akan menghadapi masalah. Dalam sesetengah situasi, anggota keluarga akan membuat keputusan yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan lebih banyak kesulitan.
Jika situasi ini berlaku dalam keluarga anda, adakah anda tahu apa yang harus dilakukan?
Kursus ini akan diadakan selama 2 hari, dan akan merangkumi aspek teori, praktikal, asas-asas ilmu pengendalian jenazah dan juga akan dikongsikan tentang kes-kes / keadaan yang berbeza yang akan timbul dalam situasi sedemikian.
Topik-topik yang akan dibincangkan:
Teori:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil apabila kematian dalam keluarga berlaku.
2. Menelefon polis atau doktor terlebih dahulu?
3. Kematian disebabkan kemalangan. Apakah tindakan seterusnya yang wajar?
4. Kematian di luar negara. Apa yang diperlukan atau tidak diperlukan? Kebumikan di luar negara atau dibawa pulang ke Singapura?
5. Adat Melayu: Kain batik lepas. Adakah ia perlu?
Topik-topik ini (dan banyak lagi) akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini.
Praktikal:
1. Cara memandikan jenazah
2. Cara yang betul untuk mengkafankan si mati
3. Doa untuk dibaca
4. Siapakah yang patut jadi Imam untuk Jenazah?
5. Talqin. Adakah ini wajib?
...dan banyak lagi.
Details
Tempat : Pejabat Islamicevents.sg, Blk 71 Ubi Rd 1 #10-47 Lobi 4 Oxley Bizhub Singapura 408732.
Tarikh : Sabtu, 24 November & Ahad, 25 November 2018
Masa : 5ptg - 10mlm ( Untuk kedua-dua hari )
Yuran:
$78 ( 1 peserta untuk Ahli IslamicEvents.sg - sebelum mulakan pendaftaran, sediakan NOMBOR keahlian anda,
contoh : ISE 0000001)
$98 ( 1 peserta )
$190 ( 2 peserta )
Ingin jadi Ahli Islamicevents.sg untuk dapatkan diskaun-diskaun bagi kursus dan khidmat kami? Silakan daftar di >>https://islamicevents.sg/blog/membership/
Ketika sesi praktikal, Muslimah akan diasingkan dengan Muslimin.
Maklumat selanjutnya akan diberikan pada hari Sabtu, 24 November 2018.
* Tempat terhad. Sekiranya penyertaan melebihi had, kursus akan diadakan di tempat lain.
* Peserta akan mendapat nota dan sijil kehadiran.
* Makan malam akan disediakan.
Ingin mendaftar?
Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat SEBELUM kursus bermula.
2) TIADA bayaran balik bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
4) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.
Kaedah 1) Bayaran Tunai / NETS
- Untuk bayaran secara tunai atau NETS, sila hubungi kami di 9231 7430, Isnin hingga Jumaat, 10.30 pagi - 6.30 petang
Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.
Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.
About our Trainer
Our trainer Bro Amir and his wife have been running Muslim Funeral Services since 2005 and has since experience various cases and situations. In this course he will also share his experiences and his own journey of being a Pengurus Jenazah.
Many of you will ask why does his classes only start after 5pm. The main reason is because his job requires him to settle any Jenazah in the day and his free time is only after 5pm onwards. If you do need to engage his services, please call the following number >> 9646 0140.