Super Kids - Program Selepas Sekolah

Published: Fri, 01/04/19

IslamicEvents.SG
 

This program is to help busy parents with their children Islamic Education on a daily basis. And the program is designed in Malay. 

Organised by: Markaz Al-Masyrob As-Soofi (MMS)
They are contactable via call, SMS or WhatsApp @ 8684 3474.

----------------------------------------------------------------

 

Adakah anda letih? 

Sebagai ibu bapa, setelah penat bekerja, anda pulang ke rumah dan menyedari bahawa anak anda tidak melakukan kerja rumahnya. Anak anda tidak membaca Al-Quran atau tidak melakukan solat kerana tiada sesiapa yang dapat mengawasi aktiviti mereka setelah mereka pulang dari sekolah. 

Aktiviti mereka selepas sekolah hanya bermain atau menggunakan telefon bimbit. Oleh kerana kerja sekolah yang belum diselesaikan, anda meleter sepanjang malam dan terpaksa duduk bersama mereka sehingga larut malam. 

Setiap malam anda tidur dengan perasaan marah dan badan yang letih.

Anda inginkan situasi yang lebih baik? 

Ibu bapa yang terhormat, 

Adakah anda melihat diri anda dalam senario di atas? 

Gaya hidup di Singapura memerlukan kedua-dua pasangan, untuk keluar bekerja. Mereka yang berkerjaya perlukan komitmen dan adakalanya masa yang panjang. 

Selalunya kita mengharapkan datuk atau nenek untuk membantu tetapi tidak menyedari mereka juga sudah tua dan mereka mahu ruang dan masa mereka sendiri. Oleh kerana usia mereka yang sudah lanjut, keadaan mereka tidak mengizinkan mereka untuk menjaga dan membesarkan cucu-cucu sehingga mereka dewasa.

Mungkin kita rasa mengambil pembantu akan menyelesaikan masalah ini. Tetapi, tidak semua pembantu mempunyai latihan agama yang baik mahupun memahami cara untuk mendidik dan membantu anak anda dengan kerja rumah mereka.

Jika ada tempat penjagaan selepas sekolah di mana: 

1. Anak anda akan dibimbing ketika membuat kerja rumah mereka. 

2. Makan tengahari dan makan petang yang berkhasiat akan disediakan untuk anak anda. 

3. Anak anda boleh dilatih untuk Solat Zuhur dan Asar. Solat berjemaah dengan anak-anak lain. 

4. Anak anda boleh membaca Al-Quran setiap hari. Seorang guru yang berkelayakan ARS akan membimbing mereka. 

5. Anak anda boleh meningkatkan keyakinan diri dan belajar nilai-nilai moral dalam Islam. 

6. Anak anda boleh bertutur dalam bahasa Melayu lebih kerap. Malah, kita bersalah kerana kita sering berbahasa Inggeris di rumah dan anak-anak kita tidak mengembangkan penggunaan bahasa Melayu. 

7. Ia adalah persekitaran yang selamat lagi sihat untuk perkembangan anak anda.
 

Details

Super Kids After School Program 

Tempat: Blk 349 Jurong East Ave 1 #01-1211 Singapura 600349

Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun (Darjah 1 hingga 6 )
Isnin hingga Jumaat - 1.30 petang hingga 6.30 petang

Yuran : $300 sebulan
Deposit : $300 
Yuran pendaftaran : $10

Bayaran untuk bulan pertama: $610

Program ( Isnin - Jumaat )

1.30 ptg - 3 ptg: Mandi, Solat Zuhur & Makan tengahari
3 ptg - 4 ptg: Ulangkaji kerja sekolah atau habiskan kerja rumah
4 ptg - 5 ptg: Pembelajaran Al-Quran, Mengaji & Hafalan
5 ptg - 5.45 ptg: Fardhu Ain, Pelajaran Tauhid, Fiqh, Akhlak, Sirah & Praktikal Solat
5.45 ptg - 6.30 ptg: Selawat & Solat Asar. Rehat & Pulang. 

Anda boleh memilih untuk mendapatkan khidmat pengangkutan yang disediakan.

Pengangkutan Bas: $ 120 - $ 150 sebulan 
Pengangkutan Bas boleh mengambil anak anda di sekolah-sekolah berikut :
- Sekolah Rendah Jurong
- Sekolah Rendah Fuhua
- Sekolah Rendah Yuhua
- Sekolah Rendah Rulang
- Seloah Rendah St Anthony
- Sekolah Rendah Lakeside
- Sekolah Rendah Shuqun
- Sekolah Rendah Princess Elizabeth
- Sekolah Rendah Keming
- Sekolah Rendah Dazhong
- Sekolah Rendah Jurong West
- Sekolah Rendah Taman Boon Lay

Jika anda berminat untuk mendaftarkan anak anda untuk program ini sila hubungi kami menerusi telefon, SMS atau WhatsApp 8684 3474.

* tempat terhad untuk 30 anak-anak sahaja. 


 

IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by
ISGN VENTURES PTE LTD.


Since 2007. Copyright ISGN VENTURES PTE LTD.
All Rights Reserved.

Biz No: 201615308R
Tel: (65) 6871 8744 Fax: 6871 8730
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net