"Abah nak anak-anak Abah mandikan dan tanamkan mayat Abah bila Abah tiada lagi ya.." Itulah pesan Abah saya ketika kami tengah menonton rancangan bola sepak di TV.
Terbegik saya sekejap kerana saya tengah makan kacang ketika itu. Sebotol air puteh habis diminum hanya nak turunkan kacang itu ke perut. Selepas itu saya pun diam kan diri dan sambung menonton tv.
Tapi dalam hati, apa kena mengena abah ku ini? Tiba-tiba ajer cakap pasal mandikan dia dan tanamkan jasadnya..
Adakah dia tengah mengalami penyakit yang kami tak tahu? Sejak beberapa bulan ini, ibu ada cakap ayah asyik sakit-sakit. Mungkin sudah masanya saya mempersiapkan diri untuk menghadapi saat ayat tiada lagi di dunia ini.
-----------------
Demi masa setiap manusia akan pulang dan kehidupan nya akan berakhir di dunia ini.
Bila tiba masa sedemikian adakah kita tahu langkah-langkah yang sepatutnya dibuat ketika seorang yang kami sayangi telah pergi.
Mari kami menimba ilmu untuk menangani isu ini.