Kring-kring telephone berdering. "Waktu dah malam, siapa yang telephone malam-malam buta ni?" Saya pun angkatlah telephone lalu terdengar suara Siti, isteri kepada rakan sahabat rapat saya. "Mat tolong Mat.. Abang Ali sedang meracau ini. Siti tak tahu nak buat apa lagi.. Suaranya tiba-tiba berubah ketika makan waktu
malam tadi dan sekarang dia tengah meronta-ronta atas katil..".
Pernahkah anda atau kenalan anda pernah menerima panggilan seperti ini?
Mungkin zaman sekarang kita jarang dengar kisah-kisah sebegini tetapi hakikatnya masih ada yang terjadi. Kalau terjadi tahukah anda langkah -langkah yang perlu dibuat untuk menangani situasi ini?
Kalau zaman dahulu atau pun sekarang masih ada segolongan orang yang simpan penyapu lidi. Bukan untuk sapu sampah tetapi katanya untuk menghalau jin. Adakah ini cara yang betul?
Ada kala kita juga terbawa -bawa ajaran turun-temurun. Kita ikut sahaja apa orang tua cakap contohnya seperti memakai tangkal dan meminta pertolongan dari batu dan bermacam-macam lagi. Pernahkah kita mempersoalkan bahawa cara ini betul?
Dalam kursus ini kita akan pelajari untuk:
Mengenal tanda-tanda gangguan Jin dan Sihir
Mencegah dan merawat gangguan Jin dan Sihir sesuai Syariat Islam.
Membenteng rumah dan gangguan.
Mengenal Pasti antara adat, khurafat, dan syariat serta lain-lain lagi.
Bersama Ustaz Mohammad Bahrul Ulum
Pengurus Dakwah Masjid An-Nur
Butiran lanjut.
Tarikh: Ahad, 19 Januari 2020
Masa: 2 ptg - 5 ptg
Tempat: Masjid Mujahidin, 590 Stirling Rd, Singapore 148952
Yuran: $50 (Early Bird), $55 ( Harga Biasa) & $70 ( Kursus Ruqyah + Forum Gangguan Jin dan Minda)
Bersama :
Ustaz Bahrul Ulum (Pengurus Dakwah Masjid An-Nur),
Ustaz Rauzy Ramli (Penceramah Bebas)
dan KC (Pengacara Malam Seram & Cerita dalam Kereta).
Kisah dalam Al-Quran mengenai Jin dan Syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan mereka akan menyesatkan manusia. Kisah contoh seperti dalam keluarga (suami/isteri, anak-anak ketika lahir, dalam ibadah kepada Allah s.w.t dan lain-lain lagi).
Kisah dalam Hadith bagaimana Rasulullah s.a.w merawati diri sendiri dengan pertolongan Allah s.w.t. ketika terkena sihir dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa yang dibaca oleh Rasululah s.a.w.
Apakah gangguan emosi dan tekanan jiwa dan bagaimana nak kenali.
Butiran
Tarikh: Ahad, 1 Mac 2020
Masa: 10 pagi - 1 ptg
Tempat: Masjid Mujahidin, 590 Stirling Rd, Singapore 148952
Yuran: $30 ( Harga Biasa) & $70 ( Kursus Ruqyah + Forum Gangguan Jin dan Minda)