Ini kan pula tanggungjawab seorang Ibu tunggal kepada empat anak yang masih bersekolah, seperti yang dipikul Cik Jannahtunnaim Osman.
Ibu muda berusia 31 tahun ini berperanan selaku penjaga, guru dan contoh kepada anak-anaknya yang kini berusia antara 5 tahun dengan 11 tahun.
Di sebalik itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Cik Jannah, juga pencari nafkah kepada keluarganya itu - selaku seorang penolong pentadbiran di sebuah sekolah antarabangsa.
Malangnya, pandemik Covid-19 menyebabkan mata pencariannya terjejas dan kini beliau terpaksa bergantung kepada pekerjaan selaku penghantar makanan demi mencari rezeki halal buat keluarga.
Beliau anggarkan tempoh pekerjaannya bagi setiap syif kini antara sejam setengah dengan empat jam. Bagi memastikan beliau dapat menjaga anak-anaknya itu, beliau bekerja pada sebelah malam antara tiga hingga lima kali seminggu.
Waktu tidurnya: Bila ada lapang masa.
Mujurlah tiga ankanya yang berusia 7 hingga 11 tahun mendapat penjagaan di Pusat Jagaan Pelajar di Jurong sejak dua tahun dulu.
" Sebelum ini saya hadapi masalah tempatkan anak-anak saya dalam pusat-pusat jagaan lain kerana isu dokumentasi memandangkan saya seorang ibu tunggal. Saya bersyukur para penyelia di Pusat Jagaan Pelajar PPIS membantu mencari huraian bagi mengatasinya dan akhirnya berjaya menempatkan anak-anak saya di situ," kata Cik
Jannah.
Beliau menambah para kakitangan pusat tersebut turut menawarkan sokongan emosi kepada beliau.
Cik Jannah memetik bagaimana penyelia Pusat Jagaan Pelajar PPIS (Jurong), Cik Kalthom Kassim, sering menasihatkan anak-anak beliau tentang disiplin selain menunjukkan rasa ihsan terhadap ibu tunggal itu.
Hasilnya selepas dua tahun, Cik Jannah dapati anak-anaknya lebih berdikari dan bertanggungjawab.
Ini termasuk menyelesaikan semua kerja sekolah sebelum mereka pulang ke rumah.
Cik Jannah menambah: “Saya benar-benar menghargai program yang dikendalikan di Pusat Jagaan Pelajar PPIS yang amat menyeluruh. Bukan sekadar bidang akademik, malah kerohanian juga diterap sama."
Cik Kalthom, yang telah berkhidmat di Pusat Jagaan Pelajar PPIS (Jurong) selama 18 tahun percaya akan kepentingan menjalin hubungan baik dengan setiap keluarga yang melangkah masuk ke pusat tersebut.
“Harapan kami agar kededua anak dan ibu bapa akan meraih manfaat daripada pusat kami.
Pada masa yang sama, selesa menjadikan pusat ini rumah kedua mereka – merasa selamat dan dijaga baik,” ujar Cik Kalthom.
Pusat Jagaan Pelajar PPIS berusaha untuk terus mengekalkan yuran dalam kemampuan buat keluarga seperti Cik Jannah. Yang pasti para pelajar terus mendapat manfaat hasil program dan kegiatan pengayaan tanpa tambahan pada kos yang dikenakan.
Sumbangan yang diterima daripada orang ramai akan dapat memenuhi semua itu.
Maka, sokonglah anak-anak ini agar mereka dapat realisasikan potensi sebenar serta memenuhi impian mereka.
Let's be part of their journey.
Show your support! For more information, click on the button below.