Al-Qu'an banyak memberikan manfaat kerana di dalamnya terdapat petunjuk hidup di dunia. Namun, beberapa orang merasa malas membacanya ataupun mengkajinya. Padahal keutamaan mambaca Al-Qur'an itu luar biasa sekali.
Seorang Muslim yang membaca Al-Qur'an akan dibalas oleh Allah SWT berupa satu kebaikan. Dari satu kebaikan tersebut akan dilipat ganda menjadi 10 kebaikan.
Kebaikan yang didapatnya akan menghapus kesalahan yang telah dilakukan
Mereka yang membacanya juga akan mendapatkan syafaat kelak di Hari Kiamat.
Syarat membaca Al-Qur'an tida harus lancar dahulu untuk mendapatkan ganjaran pahala.
Meskipun merangkak, kita tetap akan mendapat pahala sebanyak 2 pahala setiap kali kita menyebut satu huruf.
Tapi kalau kita usaha dengan gigih, maka lebihlah ganjarannya untuk mereka yang usaha!
Yok, kita belajar membaca Al-Qur'an, kita betulkan lagi Tajwid kita dengan berguru.
Tiada guna ada ilmu tetapi tidak diamalkan. Tiada gunanya juga beramal tanpa ilmu, kerana mungkin amalannya tidak sah dan tidak terima, malah boleh menjadi syirik jika dilakukan dengan salah kefahaman.
Realitinya..
Kita terlalu sibuk dengan hal di dunia hingga terlupa tujuan sebenar sebagai seorang Muslim.
Apa Tujuan kita di dunia?
Hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Bukan maksud kita hanya bersujud 24/7.. tetapi ada niat dalam hati untuk membuat semua perkara di dunia kerana Allah SWT .
Ada keinginan dalam hati kita untuk faham ajaran Islam kerana sepatut jadi tanda taya adalah,
"Kenapa Islam itu dikatakan agama yang syumul atau 'perfect' dan bagaimana ia dapat membantu kita mengharungi segala situasi dalam semua aspek kehidupan?"
Tetapi sebelum kita peningkan diri memahami aspek yang begitu luas, kita diwajibkan untuk memahami ilmu Fardhu Ain dahulu.
Jadi, mari sama sama kita memahami & mendalami kembali ilmu Fardhu Ain!