Kursus Pengurusan Jenazah (Teori & Praktikal) - Feb 2021
Published: Wed, 01/13/21
Kursus Pengurusan Jenazah
(Teori & Praktikal)
This course will be in Malay.
Tarikh : Sabtu, 27 Februari & Ahad, 28 Februari 2021
Masa : 5ptg - 10mlm ( Untuk kedua-dua hari )
TEMPAT TERHAD HANYA UNTUK
15 Lelaki ( Tinggal 11 tempat )
10 Wanita ( Tinggal 8 tempat )
Kematian merupakan saat yang sangat menyedihkan dan penuh dengan emosi. Namun, ia juga boleh dipenuhi dengan harapan dan belas kasihan. Umat Islam percaya bahawa kematian adalah pemergian dari kehidupan dunia ini, tetapi bukan akhir dari kewujudan seseorang. Sebaliknya, kehidupan yang
kekal akan datang, dan kita berdoa agar rahmat Allah SWT berada bersama mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, dengan harapan mereka akan mendapat kedamaian dan kebahagiaan kelak.
Bagaimana pula dengan keluarga atau saudara-mara yang terdekat pada saat itu? Ia sangat mudah untuk menyuruh mereka bertenang dan bersabar apabila sedang menghadapi kematian, tetapi tanpa ilmu pengetahuan dan panduan yang betul, seringkali ahli keluarga akan menghadapi masalah. Dalam sesetengah situasi, anggota keluarga akan membuat keputusan yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan lebih banyak kesulitan.
Jika situasi ini berlaku dalam keluarga anda, adakah anda tahu apa yang harus dilakukan?
Kursus ini akan diadakan selama 2 hari, dan akan merangkumi aspek teori, praktikal, asas-asas ilmu pengendalian jenazah dan juga akan dikongsikan tentang kes-kes / keadaan yang berbeza yang akan timbul dalam situasi sedemikian.
Topik-topik yang akan dibincangkan:
Teori:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil apabila kematian dalam keluarga berlaku. 2. Menelefon polis atau doktor terlebih dahulu? 3. Kematian disebabkan kemalangan. Apakah tindakan seterusnya yang wajar? 4. Kematian di luar negara. Apa yang diperlukan atau tidak diperlukan? Kebumikan di luar negara atau dibawa pulang ke Singapura? 5. Adat Melayu: Kain batik lepas. Adakah ia perlu? Topik-topik ini (dan banyak lagi) akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini.
Praktikal:
1. Cara memandikan jenazah 2. Cara yang betul untuk mengkafankan si mati 3. Doa untuk dibaca 4. Siapakah yang patut jadi Imam untuk Jenazah? 5. Talqin. Adakah ini wajib?...dan banyak lagi.
Terhad kepada 15 Peserta Lelaki dan 10 Peserta Wanita. Bayaran harus dibuat untuk mengesahkan slot
anda.
Details
Tempat : Pejabat ISGN Venture: Blk 71 Ubi Rd 1 #10-47 Lobi 4, Oxley Bizhub 1.
Tarikh : Sabtu, 27 Februari & Ahad, 28 Februari 2021
Masa : 5ptg - 10mlm ( Untuk kedua-dua hari )
Terhad kepada 15 Peserta Lelaki dan 10 Peserta Wanita. Bayaran harus dibuat untuk mengesahkan slot anda.
Yuran:
- $98 ( 1 peserta )
- $88 ( 1 peserta untuk Ahli IslamicEvents.sg - sebelum mulakan pendaftaran, sediakan NOMBOR keahlian anda, contoh : ISE 0000001)