Setiap tahun masuk Ramadhan, confirm ada banyak soalan dan tanda tanya yang berkait rapat dengan Bulan yang mulia ini.
Jom! Pada tahun 2021 ini, kita tanamkan niat dan azam yang baru untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik, berbanding tahun-tahun yang lalu! Program ini akan membicarakan tentang pelbagai topik antaranya - Rukun Puasa, Qiyamulail, Puasa Enam dan lain-lain.
Sertailah Ustaz Raja Lutfi Hadi dalam mengenali Bulan Ramadhan dan mendalami aspek kerohanian serta amalan yang mengiringi ibadah puasa.
Berikut adalah senarai topik yang akan dibincangkan:
Minggu 1 - Apa itu "Posa"? - 18 Mac 2021
• Bulan Ramadhan
• Di Manakah Kedudukan Puasa kita?
• Fadhilat Berpuasa
• Ganjaran Bagi Orang Yang Berpuasa
• 'Warning' Terhadap Orang Yang Meninggalkan Puasa
Minggu 2 - Hukum Dan Rukun Puasa - 25 Mac 2021
• Rukun Puasa
• Adab Dan Sunnah Berpuasa
• Haram, Harus, Makruh - 'Guide' Untuk Berpuasa
Minggu 3 - Qiyamulail Dan Solat Tarawih - 1 April 2021
• 8, 13, 16, 21?? - Raka'at Solat Tarawih
• Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan
• Bila Lailatul Qadar? Apa 'tu' Lailatul Qadar?
• Ganjaran Lailatul Qadar
• 'Amalan-Amalan Untuk Dihidupkan Pada Qiyamulail
Minggu 4 - Qadha' Puasa, Zakat & Puasa Enam - 8 April 2021
• Qadha' & Fidyah Puasa
• Hukum Orang Yang Mati Dan Belum Sempat Mengqadha' Puasanya
• Zakat Fitrah
• Waktu & Qadar Membayar Zakat Fitrah
• Puasa Enam Dan Cara Terbaik Kita 'Tapao' Ramadhan