Synopsis
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah swt. Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Muliakanlah quban-qurbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratul Mustaqim."
Hikmah Qurban:
-Sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya.
-Dapat memupuk sikap prihatin dan peduli akan sesama saudara Islam khususnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.
-Penebus dosa akan kesalahan yang dilakukan sepanjang hayat.
-Melahirkan tanda rasa syukur umat Islam sebagai hamba Allah s.w.t.
Umat Islam perlu mensyukuri setiap pemberian Allah s.w.t dan cara untuk menzahirkan syukur adalah dengan menjalankan ibadah qurban.
Apabila seseorang itu membelanjakan harta atau rezeki yang diperolehi ke jalan Allah, sudah pasti mendapat tempat yang mulia di sisiNya.
Dari Aisyah r.a., Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Kurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih hewan Kurban. Sesungguhnya hewan Kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah
kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.”
(HR Tirmidzi).
Details
Pendaftaran untuk ibadah Qurban 2021:
*Setiap KAMBING Qurban berharga - $360 seekor untuk setiap 1 nama. (termasuk harga penghantaran ke rumah).
*Pembeli boleh memilih untuk melakukan Qurban biasa, Aqiqah atau Nazar.
*Daging kambing akan dibawa pulang dari Australia untuk diagihkan kepada setiap pembeli.
*Bahagian kambing yang boleh diambil ialah 1/3, 2/3, kesemua bahagian atau tiada bahagian.
*Penghantaran daging Qurban ke rumah akan dijalankan antara 24 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Kami berhak untuk mengubah tarikh sekiranya berlaku hal-hal atau keadaan yang tidak dapat dijangka.
Semoga Ibadah Qurban tersebut diterima Allah s.w.t dan diberikan ganjaran yang terbaik daripadaNya. Amiin.
Jika berminat, sila daftar...