Sinopsis nya
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah swt. Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."
Hikmah Korban:
- Sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya.
-Dapat memupuk sikap prihatin dan peduli akan sesama saudara Islam khususnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.
-Penebus dosa akan kesalahan yang dilakukan sepanjang hayat.
-Melahirkan tanda rasa syukur umat Islam sebagai hamba Allah s.w.t.
Umat Islam perlu mensyukuri setiap pemberian Allah s.w.t dan cara untuk menzahirkan syukur adalah dengan menjalankan ibadah korban.
Apabila seseorang itu membelanjakan harta atau rezeki yang diperolehi ke jalan Allah, sudah pasti mendapat tempat yang mulia di sisiNya.
Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Kurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih hewan Kurban. Sesungguhnya hewan Kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Dan sesungguhnya sebelum darah Kurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Kurban itu.” (HR Tirmidzi).
Butiran nya
Pendaftaran untuk ibadah Korban 2021:
*Setiap kambing korban berharga - $360/- seekor untuk setiap 1 nama. (termasuk harga penghantaran ke rumah).
*Pembeli boleh memilih untuk melakukan korban biasa, Aqiqah atau Nazar.
*Daging kambing akan dibawa pulang dari Australia untuk diagihkan kepada setiap pembeli.
*Bahagian kambing yang boleh diambil ialah 1/3, 2/3, kesemua bahagian atau tiada bahagian.
*Penghantaran daging korban ke rumah akan dijalankan antara 24 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Kami berhak untuk mengubah tarikh sekiranya berlaku hal-hal atau keadaan yang tidak dapat dijangka.
Semoga Ibadah Korban tersebut diterima Allah s.w.t dan diberikan ganjaran yang terbaik daripadaNya. Amiin.
Cara bayaran
- PayNow
- Walk-In
- Bank Transfer
Berminat untuk Buat Tempahan?