[Kursus Pengurusan Jenazah] Ketahui lebih tentang Fardhu Kifayah
Published: Mon, 08/02/21
Kursus Pengurusan Jenazah
28 - 29 Ogos 2021
5pm - 10pm (2 Hari, 10 Jam Seminar)
Online & Offline
Terhad kepada 15 Peserta Lelaki secara Offline sahaja, Bayaran harus dibuat untuk mengesahkan slot anda.
Kematian merupakan saat yang sangat menyedihkan dan penuh dengan emosi. Namun, ia juga boleh dipenuhi dengan harapan dan belas kasihan.
Umat Islam percaya bahawa kematian adalah pemergian dari kehidupan dunia ini, tetapi bukan akhir dari kewujudan seseorang. Sebaliknya, kehidupan yang kekal akan datang, dan kita berdoa agar rahmat Allah SWT berada bersama mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, dengan harapan mereka akan mendapat kedamaian dan kebahagiaan kelak.
Bagaimana pula dengan keluarga atau saudara-mara yang terdekat pada saat itu? Ia sangat mudah untuk menyuruh mereka bertenang dan bersabar apabila sedang menghadapi kematian, tetapi tanpa ilmu pengetahuan dan panduan yang betul, seringkali ahli keluarga akan menghadapi masalah. Dalam sesetengah situasi, anggota keluarga akan membuat keputusan yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan lebih banyak kesulitan.
Kursus ini akan diadakan selama 2 hari, dan akan merangkumi aspek teori, praktikal, asas-asas ilmu pengendalian jenazah dan juga akan dikongsikan tentang kes-kes / keadaan yang berbeza yang akan timbul dalam situasi sedemikian.