Rahsia Susunan & Kedudukan Al Fatiha - Kenali Ustaz Syed Nasir Omar Alsagoff

Published: Mon, 07/07/14

Seminar Rahsia Susunan & Kedudukan Al Fatiha
Sabtu 12 July 2014, 12ptg - 6ptg | Malay

This event is in Malay. Apologies to the Non Malay readers

Assalammualaikum wr wb,

Pada bulan Ramadan 1435H ini, kami menjemput anda untuk mengupas rahsia di sebalik surah yang terkenal ini - Surah Al Fatiha.

Quran Demystified

Bersama Ustaz Syed Nasir Omar Alsagoff.
BA University Al Azhar Jurusan Tafsir

Mungkin ramai lagi belum kenal asatizah kami di tanah air kami. Kalau Mufti Menk, Ustazah Yasmin Mogahed, Professor Dr Muhaya, Ustaz Kazim dan sebagainya mungkin ramai sekali yang kenal tetapi tahukah bahawa kita juga ada asatizah yang hebat-hebat juga?

Sebagai pengenalan, Ustaz Syed Nasir tidak mula pendidikannya dari mana-mana Madrasah. Pada umurnya lewat 20 lebih tahun, ketika itu sudah berumah tangga, beliau dapat inspirasi dan hidayah hendak menjadi seorang Asatizah. Maka mulalah perjalanan belajar nya di Indonesia hingga ke Malaysia lalu mendapat tempat untuk lanjutkan pelajarannya di University Al Azhar dalam jurusan Tafsir.

Siapa kata tak boleh jadi Asatizah pada umur yang lewat? Insyallah kalau ada rezeki dan kemahuan dan bantuan Allah swt semuanya boleh. Dan Ustaz Syed Nasir adalah salah satu inspirasi kami dan pihak Islamicevents.sg ingin sekali menonjolkan asatizah kami ini.

Selepas sahaja pengajiannya, Ustaz Syed Nasir di berikan tugas di Masjid Al Khair di mana dia bermula sebagai Imam Executive lalu dinaikkan pangkat sebagai Mosque Manager. Pada masa yang sama, mungkin ramai juga kenal Ustaz Syed Nasir sebagai seorang Naib Kadi beberapa tahun lalu. Kini bukan lagi. Kini beliau seorang penceramah bebas dan mempunyai syarikat sendiri, Alfahmi Services, di mana fokusnya untuk menjalankan kelas-kelas supaya pelajar dapat fahami maksud di dalam Al Quran secara baik.

Pada masa yang sama, Ustaz Syed Nasir telah bukukan Al Quran - Mushaf Wakaf Ibtida dan telah menyusun kitab "Memahami Perkataan-Perkataan Al Quran". Pada masa ini beliau sedang menghabiskan dua lagi kitab.

Bila ada kemahuan di situ juga ada jalan. Tidak sangka kan ada juga dalam kalangan asatizah kita di Singapura ini yang hebat seperti beliau.

-------------------

Seminar Rahsia Susunan & Kedudukan Al Fatiha
Sabtu 12 July 2014, 12ptg - 6ptg | Malay

Tarikh: 12th July 2014
Masa: 12pm - 6pm
Tempat: Auditorium Masjid Sultan

Yuran: $35 seorang, $60 untuk dua orang

Yuran termasuk harga nota

Ingin mendaftar?

Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum Kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta yang tidak hadir.
3) Peserta akan diberi Nota.
4) Peserta perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan seminar. Peserta akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.

Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

>> Daftar Di Sini <<

Anjuran: Al Fahmi Services & Islamicevents.sg

IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by IslamicSG Networks LLP.

Copyright 2007-2014 IslamicSG Networks LLP.
All Rights Reserved.

Biz No: T08LL0145E ( LL0800145B )
Address: 318B King George's Avenue Singapore 208563
Tel: (65) 6871 8744
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net