Forum Keluarga Unik Keluarga Sakinah adalah sebuah program khas yang membincangkan tentang uniknya peranan ibu bapa tiri dalam perspektif Islam.
Ramai ibu-bapa tiri memasuki perkahwinan dengan expektasi dan harapan yang sangat tinggi untuk menjadi ibu-bapa tiri yang terbaik untuk anak-anak tiri mereka. Ada juga yang memasuki perkahwinan ini dengan harapan bahawa mereka dapat mengantikan peranan ibu atau bapa kandung anak-anak tiri ini dan dapat mengantikan kehilangan yang anak-anak tiri mereka lalui. Ini adalah sebuah expektasi yang sangat murni namun, ia juga mungkin menjadi expektasi yang tidak realistik dan boleh memberi
harapan palsu kepada diri sendiri. Ramai ibu-bapa tiri menyedari kesukaran dalam memainkan peranan sebagai ibu atau bapa tiri apabila mereka melihat penolakan dari anak-anak tiri mereka. Tindak balas anak-anak adalah luar dari jangkaan mereka dan ramai yang terkejut dan tidak tahu cara untuk membalas tindak balas ini.
Forum Keluarga Unik Keluarga Sakinah ini akan membincankang cara-cara untuk membina hubungan dengan anak-anak tiri mereka dan membincangkan peranan mereka sebagai ibu bapa tiri dalam perspektif Islam. Pada akhir forum in perserta akan lebih memahami peranan mereka sebagai ibu bapa dan dapat membezakan tanggungjawab antara ibu bapa kandung dan ibu bapa tiri. Dengan kesedaran ini, peserta dapat menukar expektasi mereka untuk menjadi lebih realistik dan ini dapat membantu mengurang tekanan
dalam memainkan peranan sebagai ibu bapa tiri. Kami juga berharap peserta dapat mempelajari cara-cara untuk memberi sokongan kepada ibu bapa tiri ini dan menyedari bahawa sokongan yang kuat amat penting sekali untuk ibu bapa tiri ini.
Topik- Topik:
Penceramah 1: Steps to Step-Parenting oleh Perkerja Sosial Puan Suraya Mohd Suppien.
Penceramah 2: Prinsip-Prinsip Keibubapaan dalam perspektif Islam oleh Ustaz Jalaluddin Hassan.
Penceramah 3: Hak Say? Hak Dia? Hak Anak-anak? Oleh Peguam Rudy Marican.
Program: Keluarga Unik Keluarga Sakinah
Tarikh: 17 Ogos 2014
WAKTU: 09.30pagi – 12.30ptg (pendaftaraan bermula pada pukul 8.30pagi)
Tempat: Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre,
1 Raffles Boulevard, Suntec City,
Singapore 039593
(Tingkat 3 – Bilik 324-325)
Yuran:- $10/tiket
Pendaftran:-
Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum Forum bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi setiap tiket yang dibeli.
3) Setiap Peserta akan diberikan ‘Goody Bag'
4) Peserta perlu menghadiri Forum ini tepat pada masanya
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan Forum ini. Peserta akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.
Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.
Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran Online.
Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda.
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.