KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN PENGURUSAN JENAZAH ( May 2016 )

Published: Mon, 04/11/16

Kursus Jenazah

KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN PENGURUSAN JENAZAH (2 hari:Sabtu dan Ahad) 

register now

Alhamdulillah,sudah bertahun-tahun pasangan pengurus jenazah ini menganjurkan kursus urusan jenazah secara sendirian atau mengajar di bawah anjuran persatuan/pengajian Islam seperti SimplyIslam, Darul Arqam Singapore dan juga di masjid Assyakirin dan masjid Hasanah (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Tujuan kami untuk berkongsi ilmu yang ada, (berpengalaman lebih 10 tahun) dalam bidang pengurusan jenazah dengan masyarakat Islam Singapura tentang segala selok-belok mengurus jenazah dari saat mengenal tanda-tanda kematian hingga akhirnya di kebumikan. Para peserta akan di ajar tentang sistem sebenar dalam konteks Singapura hari ini seperti apa yang perlu di buat dan apa yang perlu di elakkan.Cerita-cerita sebenar juga akan dikongsi tanpa membongkar 'aib' seseorang untuk membantu kefahaman para peserta sewaktu kelas berlangsung.

Kursus akan di bimbing melalui kaedah 'POWER-POINT' serta panduan NOTA secara interaktif. Segala pendapat dan penerangan berpandukan Hadith dan Sunnah. kursus fardhu kifayah ini juga akan membimbing anda cara-cara mandi, kafan, solat dan pengebumian jenazah. Peserta tidak akan di uji tentang bacaan-bacaan doa, ini bermaksud kebolehan membaca ayat-ayat Qurran bukan lah satu keperluan kerana anda akan di bimbing sepenuhnya.

Tempat amat terhad pada 45 peserta sahaja kerana kami percaya kursus sebegini lebih selesa di pelajari dengan jumlah yang sederhana. Sesuai untuk muslimin dan muslimah 13 tahun ke atas. Kelas teori akan di gandingkan semua tetapi akan di pisahkan sewaktu praktikal mandi jenazah (simulasi). Sijil penyertaan juga akan di beri. SESIAPA SAJA BERHAK BELAJAR KURSUS INI KERANA APABILA ADA KEMATIAN DI KALANGAN ORANG TERSAYANG, ANDA LAH YANG BERHAK MENGURUSNYA.

Kursus ini terhad kepada 45 peserta sahaja.

Details

Daftar awal untuk elak kekecewaan melalui talipon/sms atau whatsapp atau PM di FB (Amir Ali Idris Ali). Sila beri butir-butir seperti nama penuh, alamat dan contact apabila membuat pendaftaran. 

Hubungi Abg. Amir: 97624321 untuk keterangan lanjut
YURAN PENYERTAAN: $80.00 untuk dua hari termasuk nota, jamuan malam, sijil penyertaan.

**Resit akan di pos ke alamat anda sebagai bukti penyertaan beserta bayaran.

Ruang solat dan tandas berasingan juga di sediakan di tempat kursus.

DAFTAR AWAL UNTUK ELAK KEKECEWAAN....

 

IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by IslamicSG Networks LLP.

Since 2007. Copyright IslamicSG Networks LLP. All Rights Reserved.

Biz No: T08LL0145E ( LL0800145B )
Address: 67 Ubi Road 1 Oxley Bizhub #10-14, Singapore 408730
Tel: (65) 6871 8744 Fax: 6871 8730
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net