KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN PENGURUSAN JENAZAH
Published: Fri, 10/07/16
|
Kursus Kefahaman Pengendalian Jenazah |
||
|
The following course is in Malay. We apologize to the non Malays. |
||
KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN PENGURUSAN JENAZAH (2 hari:Sabtu dan Ahad)![]() Alhamdulillah,sudah bertahun-tahun pasangan pengurus jenazah ini menganjurkan kursus urusan jenazah secara sendirian atau mengajar di bawah anjuran persatuan/pengajian Islam seperti SimplyIslam, Darul Arqam Singapore, Islamic Events dan juga di masjid Assyakirin, Alkaff dan masjid Hasanah (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Tujuan kami untuk berkongsi ilmu yang ada, (berpengalaman lebih 10 tahun) dalam bidang pengurusan jenazah dengan masyarakat Islam Singapura tentang segala selok-belok
mengurus jenazah dari saat mengenal tanda-tanda kematian hingga akhirnya di kebumikan. Para peserta akan di ajar tentang sistem sebenar dalam konteks Singapura hari ini seperti apa yang perlu di buat dan apa yang perlu di elakkan.Cerita-cerita sebenar juga akan dikongsi tanpa membongkar 'aib' seseorang untuk membantu kefahaman para peserta sewaktu kelas berlangsung. DetailsDaftar awal untuk elak kekecewaan melalui talipon/sms atau whatsapp atau PM di FB (Amir Ali Idris Ali atau Pengurusan Jenazah NUR). Sila beri butir-butir seperti nama penuh, alamat dan contact apabila membuat pendaftaran. |
||
|


