INSAF (Adab & Kaedah Dalam Meneliti Pandangan Kita Terhadap Keperibadian Saudara Seislam)

Published: Fri, 11/04/16

INSAF (Adab & Kaedah Dalam Meneliti Pandangan Kita
Terhadap Keperibadian Saudara Seislam) 

This event is in Malay. We apologise to the Non Malay Speaking. 


 

“Fatabayyanu..!” (Selidiklah..!) Itulah perintah yang Allah sebutkan dalam ayat ke-6, surah al-Hujurat, membimbing mukminin agar berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan; ucapan atau perbuatan, supaya dengan itu mereka hidup jauh daripada syak wasangka dan perselisihan. Sebaliknya, mereka mengutamakan keteguhan dalam kesatuan.

Dewasa ini, saban hari kita mendengar keluhan dan kebimbangan yang dinyatakan oleh sebahagian pihak berkaitan sikap sebahagian Muslimin yang sering menganggap diri mereka betul, pihak yang lain salah. Dengan cepat sekali mereka menghukum atau menuduh Muslimin yang lain dengan tuduhan atau kata-kata yang boleh menimbulkan kekeliruan dan pertelingkahan. 

Apakah sebenarnya yang mendorong mereka bersikap sedemikian? Apakah salah untuk mengkritik sesuatu pihak? Benarkah seorang Muslim dilarang mengkritik sesiapapun dan apapun? 

Pernahkah generasi Islam terdahulu menghadapi situasi yang kita alami sekarang ini? Jika pernah, apakah tindakan para ulama dan pemimpin dalam menangani permasalahan ini? Apakah ada kaedah, garispandu dan adab yang mereka gariskan? Sudah ditaqdirkankah umat Islam akan sentiasa bertikam lidah sesama sendiri? Kalau begitu, apakah garispandu, kaedah dan adab yang sudah ditaqdirkan juga untuk mengatasi masalah ini?

Kursus INSAF selama satu hari (7 jam) ini akan membawa anda ke wacana ilmiah tersebut. Anda akan kagum bagaimana ulama terdahulu menangani isu ini secara bijaksana.

Kursus INSAF:

Bhg. 1: Benarkah Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah ahli Keadilan & Insaf?

Bhg. 2: Apakah terdapat garispandu dan adab dalam menilai keperibadian seseorang? Apakah tidak boleh kita menilai menurut akal dan suka kita sendiri?

Bhg. 3: Apakah semua maksiat sama darjatnya? Mengapakah kita harus bijak membezakan antara jenis maksiat dan dosa? Bagaimanakah sikap kita terhadap pelaku maksiat dan dosa?

Details

Tarikh & Masa : AHAD, 20 November 2016, 9.00 am - 4.00 pm

Tempat: Oditorium Masjid Al-Ansar

Yuran Asas: $25/- (fasiliti, nota, jamuan pagi dan makan tengahari) 

Dapatkan diskaun!
(3 pax : $60 / jimat $15)
(5 pax : $85 / jimat $40)

Yuran Kursus: INFAQ IKHLAS (Tabung disediakan pada hari tersebut)

Pembimbing: Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib, Pengasas, IHDI

Pendaftaran: Semua pendaftaran mestilah melalui islamicevents.sg

------------------------------
Terma dan Syarat: 
------------------------------

1 ) Pembayaran penuh / Deposit hendaklah dibuat sebelum kelas bermula .
2 ) Tiada bayaran kembali bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3 ) Peserta hendaklah menghadiri kelas tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur jika mereka lewat. 
4 ) Penganjur berhak untuk membuat apa-apa perubahan kepada jadual waktu . Pelajar akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. 
5 ) Anda boleh berikan tiket anda kepada pihak lain jika anda tidak dapat hadir. 

----------------------------------------------
Bagaimana untuk Mendaftar ?
----------------------------------------------

Kaedah 1 ) Bayaran melalui Nets Tunai / - Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 Ext 1 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran. 

Kaedah 2 ) Bank Transfer / Kad Debit / Paypal - Gunakan sistem pendaftaran di bawah:

Langkah 1: Isikan No Orang Penyertaan 
Langkah 2: Isikan butir-butir anda 
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan pembayaran.

Tempah Tempat Anda

IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by ISGN VENTURES PTE LTD.

Since 2007. Copyright ISGN VENTURES PTE LTD. All Rights Reserved.

Biz No: 201615308R
Address: 71 Ubi Road 1 Oxley Bizhub #10-47, Singapore 408732
Tel: (65) 6871 8744 Fax: 6871 8730
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net