Seminar Fiqh Ma'al

Published: Fri, 02/10/17

Seminar Fiqh Ma'al

The following event will be delivered in Malay. For inquiries do contact the organiser IHDI. 


 

Mengandaikan implikasi tindakan dan amalan merupakan suatu kemahiran yang amat berguna bagi setiap individu Muslim. Dalam menjalani kehidupan dan ibadah seharian, setiap individu berdepan dengan cabaran-cabaran semasa yang memerlukan pemikiran mendalam dan pertimbangan yang adil agar implikasi tindakannya membuahkan hasil yang baik. Ini dinamakan Fiqh Ma'āl. Fiqh Islami kaya dengannya. Dalam seminar ini, peserta akan didedahkan kepada erti Fiqh Ma'āl dan bagaimana ia diterapkan dalam pendekatan Fiqh, Dakwah dan Aqidah.

Sebagai contoh mudah, seorang ibu melarang anaknya sambil berkata: “Jangan panjat-panjat..”. Larangan si ibu sudah tentu ada tujuannya. Dia khuatir sekiranya anaknya terjatuh lalu kemungkinan anggota badannya akan tercedera atau patah. Memikirkan akibat buruk itu, si ibu terus melarang anaknya daripada aktiviti tersebut, walaupun akibat buruk itu hanya satu kemungkinan. Di sini si ibu membuat pertimbangan antara Maslahah (kebaikan) dan Mafsadah (keburukan). Oleh kerana kebimbangannya lebih kuat, maka dia mengutamakan atau memberatkan Mafsadah; yakni dalam ertikata lain, melarang perbuatan itu kerana takutkan bahaya atau implikasi yang merugikan.

Maka begitu juga dalam Fiqh Ma'āl, segala perintah dan larangan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. melalui al-Quran atau as-Sunnah mengandungi hikmah tersebut atau hikmah yang lebih tinggi dan lebih baik daripada itu. Sebagai contoh, cuba anda fikirkan hikmah mengapa Islam melarang atau menyuruh perkara-perkara berikut:

1. Larangan: Mencela sembahan orang bukan Islam
2. Larangan: Tabarruj (melampau dalam menunjukkan kecantikan diri melalui perhiasan dan pakaian)
3. Suruhan: Meminta izin sebelum masuk bilik
4. Suruhan: Berdakwah dengan cara lembut walaupun kpd Fir'aun
5. Larangan: Jual-beli pd hari Juma'at
6. Larangan: Mencela ibubapa orang lain
7. Larangan: Membunuh orang Munafiq
8. Suruhan: Syarat nikah, seperti kewujudan wali, atau galakan mengadakan walimah
9. Suruhan: Menundukkan pandangan mata
10. Larangan: Mengada-adakan ibadah baru dalam agama

Dan banyak lagi contoh lain. Seminar ini mengajak anda mencedok hikmah daripada telaga Islam semoga anda tergolong dalam golongan orang-orang yang Bijaksana.
Seminar ini akan disampaikan oleh tiga asatizah:
1. Ustz. Mohamad Zahir b. Kasir
Pengasas & Pengarah,
AlFawzaan Education
Tajuk Perbincangan: Fiqh Ma'āl Dalam Perbincangan Fiqh Islami

2. Ustz. Mohamad Rizhan b. Leman
Pensyarah, 
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Tajuk Perbincangan: Fiqh Ma'āl Dalam Pendekatan Dakwah 

3. Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
Pengasas & Pengarah,
Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
Tajuk Perbincangan: Kesan Fiqh Ma'āl Dalam Aqidah Islamiah

Ketiga-tiga asatizah adalah warganegara Singapura dan memiliki ARS.

Details

AHAD, 26 FEB 2017 
9.00am – 3.00pm
Auditorium Masjid Al-Ansar

--------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendaftar? 

Terma dan Syarat: 
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula. 
2) Tiada bayaran balik bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat. 
4) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets 
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran. 

Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal 
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah. 

Langkah 1: Pilih Kuantiti 
Langkah 2: Isikan butir-butir anda 
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

Dapatkan Tempat Anda

 

IslamicEvents.SG is a portal developed and managed by ISGN VENTURES PTE LTD.

Since 2007. Copyright ISGN VENTURES PTE LTD. All Rights Reserved.

Biz No: 201615308R
Address: 71 Ubi Road 1 Oxley Bizhub #10-47, Singapore 408732
Tel: (65) 6871 8744 Fax: 6871 8730
Email: info@islamicsg.net  
Web: www.islamicsg.net