Kursus pendek tafsir Al-Quran ini adalah lanjutan perkongsian ilmu yang ke udara di Warna 94.2fm setiap khamis, 6:30 petang.
Mengenai Kursus
Apakah maksud kesederhanaan hidup & ummat pertengahan yang boleh dipelajari pada awal surah al-baqarah? Demi mencari kesederhanaan hidup, kadang-kala kita telah melepasi garisan seorang mu'min, dengan percikkan sifat-sifat munafiq yang dikhabarkan baginda.
Apakah yang akan anda pelajari?
Perkongsian 8 minggu ini akan menyentuh ayat-ayat suci Al-quran permulaan surah Al-Fatihah & Al-Baqarah yang dapat menjadi renungan bersama sekaligus menjadi ummat pertengahan dan bukan golongan yang disesatkan & yang dimurkai Allah.
1. Kepentingan bismillah dan surah alfatihah dalam aplikasi kehidupan.
2. Ikatan surah Al-Fatihah & Al-Baqarah mengikut ulama tafsir
3. Taqwa dalam pekerjaan, keluarga & kehidupan masyarakat
4. Allah menutup hati, pendengaran & penglihatan orang ingkar. Mengapa?
5. Kisah Abdullah bin Ubay bin Salul sebagai munafiq di zaman Rasulullah
6. Tanda-tanda penyakit hati dan cara untuk mengatasinya
7. Sikap ihsan Rasulullah saw terhadap golongan munafiq di makkah
8. 4 petanda orang munafiq yang harus diberi perhatian ummat hari ini.
Tarikh
Sesi 1: 10 Okt - 24 Nov, Setiap Rabu
Sesi 2: 11 Okt - 25 Nov, Setiap Khamis
Setiap kelas hanya terhad kepada 10 orang sahaja. (Lebih intim)
Untuk pendaftaran & keterangan lanjut
Sila lungsuri: http://syukran.com/ummat/