New Item @ Islamicevents.sg Online Shop: Ensiklopedia Solat

Published: Tue, 09/11/12

ISE SHOP
NEW ITEM @ OUR ONLINE SHOP

Available in Malay only

Dapatkan di sini

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:

  • Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  • Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  • Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  • Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  • Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Boleh terangkan buku ini tentang apa?

  • Alhamdulillah. Untuk pengetahuan umum, buku ini tentang solat.Segala-galanya tentang solat.
  • Ia dirangkum dan dihimpun dalam satu buku menjadi ensiklopedia.
  • Bermula dengan sebelum solat, semasa solat dan selepas solat.
  • Contoh sebelum solat: tentang air / aurat / wuduk / kiblat / azan / iqamat dan lain-lain.
  • Contoh semasa solat: tentang panduan solat fardu dan juga jenis-jenis solat sunat.
  • Dan contoh selepas solat: tentang doa / zikir dan lain-lain.
  • Selain itu, ada juga penerangan tentang istihadah / haid / mandi dan berbagai lagi yang bersangkut-paut dengan solat.


Kenapa memilih 'Ensiklopedia Solat' sebagai tajuk, bukannya 'Panduan Solat' atau sebagainya?

  • Isi asalnya adalah panduan solat.
  • Kemudian dihimpun dan ditambah dengan falsafah, sejarah juga sains untuk memberi ilmu perkara-perkara yang berkaitan dengan bab solat.
  • Selepas dihimpunkan semua dalam satu, ia dijadikan bentuk ensiklopedia moden, iaitu mengikut huruf A - Z supaya lebih mudah difahami dan mudah untuk dibuat rujukan.
  • Sebagai contoh, kalau nak cari 'A' AZAN - ia terletak di bahagian muka surat hadapan. 'Z' ZIKIR - pula terletak di bahagian mula surat belakang.
  • Jadi ia sesuai kiranya dinamakan Ensiklopedia Solat berbanding Panduan Solat.

Apa kelebihan buku ini dengan buku tentang solat yang banyak di pasaran?

  • Selain fiqah, buku ini ditambah dengan falsafah, sejarah dan sains.
  • Kemudian disertakan dengan ilustrasi, foto, peta minda dan jadual yang menarik.
  • Ia lebih mesra pembaca dan mudah difahami.
  • Apa-apa sahaja berkenaan solat (wajib ataupun sunat) ada diterangkan.
  • Dalam satu buku ini sahaja merangkumi semua jenis solat dan amalan lain.

 

Adakah semua jenis solat diterangkan di dalam 'Ensiklopedia Solat' ini?

  • Ya. Semua solat fardu: Subuh / Zuhur / Asar / Maghrib / Isya'.
  • Dan solat sunat: Duha / Gerhana / Hari Raya / Istikharah / Hajat / Jenazah / Tahajud / Tasbih dan lain-lain.
  • Semua solat wajib dan sunat ini disokong dengan dalil yang memaklumkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
  • Ditulis juga matan, sanad dan nombor hadis sebagai rujukan.

 

Ingin dapat ensiklopedia solat?

Sila lungsuri www.islamicevents.sg/shop

 

 

This email broadcast service is provided by IslamicSG Networks LLP.

To know more our email services, please refer to the following link.

Copyright © 2007-2012 IslamicSG Networks LLP. All Rights Reserved.

Biz No: T08LL0145E ( LL0800145B )
Address: 9002 Tampines St 93 #02-06 Singapore 520862
Tel: (65) 9452 0491
Email: info@islamicsg.net
Web: http://www.islamicsg.net